Saturday, March 3, 2012

Terik dan Teduh: Hidup dan Mati


Cuba bayangkan, seorang yang sudah terlalu lama berada di bawah terik matahari di gurun, berpeluh dan mengeluh. Bahang, panas, dan kehausan. Tiba-tiba terjumpa gua redup, gelap dan terlindung dari terik panas.

Dengan upaya yg sudah melepasi tahap ‘fatigue’, pasti dia memasang harap dan mula berjalan pelan-pelan ke dalam gua yg gelap itu. Berlindung daripada terik, dan melihat terik daripada dalam teduhan, pasti akan membawa kelegaan. Driving force: kelegaan dan pembebasan daripada seksa dijemur bahang.

Mungkin ini perasaan yang dialami oleh seorang ‘pemutus asa’, yang mahu lari daripada jerih payah hidup, dan memilih utk melihat dunia daripada kematian. Mereka tidak lagi berminat untuk menjadi watak pengembara yang berpeluh kehausan mencari air setiap hari. Mereka sudah putus asa. Mereka mahukan ‘kedinginan’, kegelapan dan keterasingan daripada kesengsaraan.

Berjemur di bawah terik memberi sensasi tersendiri. Tapi sesetengah org tidak dapat merasa sensasi ini. Mereka tak dapat menikmati keindahan cahaya apabila berada di dalamnya. Maka mungkin mereka harap dapat menikmati keindahan cahaya dengan melihatnya daripada kegelapan.

Betul juga, cahaya itu paling indah apabila dilihat dari kawasan gelap. Kerana itu orang mengatakan bulan itu indah, padahal cahaya yang dipantul tetap adalah cahaya matahari juga.

Saya mahu terus merasa panas dan terik. Biarlah haus dan berpeluh sekalipun.

Sekadar menikmati keindahan cahaya dari kegelapan, tanpa mampu lagi merasa bagaimana rasanya hangat, panas dan terik, itu bukan satu jalan keluar daripada kesunyian, tetapi pintu masuk kepada kesunyian yang jauh lebih dalam. Hargailah nyawa yang Tuhan kurniakan. Jangan bunuh diri.

(BUNUH DIRI ADALAH DOSA BESAR. ORANG ISLAM DIMINTA JANGAN TERPIKIR MELAKUKANNYA, MEMIKIRKAN TENTANG IA TAK APA ;p)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...