Wednesday, April 18, 2012

PTPTN: Pandangan daripada seorang kawan saya.


Ini adalah pandanangan seorang kawan di facebook, tulisan asal boleh didapati di page saudara Khairul Afsan. Memandangkan saya takleh share di facebook(entah kenapa), saya share di sini. Silalah baca, hari-hari kene sumbat dengan pandangan berat pembangkang, beku jugak otak. It is a good read, indeed. Untuk baca dan ambil, atau baca sekadar sebagai peluas fikiran, atau baca dan tolak, itu terpulang kepada anda. Tapi saya jamin pandangan ini adalah sangat membina fikiran dan memberi sisi lain kepada isu ini.


Pandangan peribadi saya tujukan khas buat yg sedang berkhemah di dataran merdeka , ‘pejuang-pejuang’ buta yg sedang berperang dengan waras fikiran.


Mansuhkan PTPTN. Bila akal Tuhan bagi enggan berkompromi dengan kematangan dan rasional jadinya kejahilan dan kebodohan itu saling memperbodohkan rakan-rakan seperkemahan. Berkongsi kejahilan yang pada mata mereka ‘jihad’ politik.

PTPTN tidak pinjam dari kerajaan sebliknya pinjam dari bank dan kwsp dgn interest 4% dan student hnya bayar 1% semula. 3 % lagi ditanggung oleh ptptn. Sebuah perbadanan yg ditubuhkan utk memberi ruang pendidkan kpd rakyat. kutipan tahunan bayar balik pinjaman sekitar rm750 juta manakala ptptn terpaksa memberi pinjaman sebanyak 4 billion setahun kpd pelajar baru. logiknya, sangat sukar utk ptptn melakukan pelaburan kerana kutipan dan pemberian pinjaman yg tak berimbang malah ptptn terpaksa menanggung kos perkhidmatan dan pembayaran gaji 400 pekerja tetap dan ratusan pekrja kontrak yg lain melalui interest 1%. Terangnya, memang tidak mencukupi. Cadangan rafizi utk beri free education kpd sbnyk 2-4 billion setahun sedikit logic ( ya sgt sedikit tp bnyk bagi ahli perkhemahan ) namun tak masuk akal utk jangka masa yg pjg..

1.) 2-4 billion kita beri free education pd 2012 dan pada 2030 adakah jumlah 4 biilion masih kekal? dgn prospek pendidikan semakin melebar, kos nya barangkali 10-15 billion ditambah dgn kegilaan mahu mengejar ranking universiti dunia. benar nilai wang semakin meningkat, maka halnya juga kita tidak boleh lari dgn keperluan pendidkan yg semkin luas dan kos yang akan melantun naik. kita terpaksa potong budget pembangunan utk inject pd pendidikan wpun semua tahu bahawa malaysia adlh antara negara yg sudah sedianya memperuntukkan bajet pendidikan yg tinggi. Impak masa depan,positifnya mmg ramai akan punya degree dan even master ( dari university paling bagus smpi kolej yg tau buat untung ), yg lebih negatifnya, peluang pekerjaan juga semakin menguncup kerana pembangunan yg terencat. Dulu kita sinis pd bangla, Nepal, india, indon sbb dtg ke msia jd atendan pam wpun di negara asal, mereka graduan berijazah. Kita juga akan migrate ke luar dgn prospek kerja tak menentu atau boleh saja keja di pam minyak berhampiran dgn kediaman anda.

2. ) jika waktu itu baru krajaan nak mengecilkan semula biasiswa atau menubuhkan kembali ‘tabung pinjaman pendidkan rakyat’, yg akan terjerat adlh anak kulit sawo matang ( yang pasti anak melayu pd 2030 ke atas adlh anak2 mangkuk ayun yg berkhemah di dataran tu ) kerana bangsa mata sepet sudah bijak dan cukup independce dlm soal survival pendidkan ini.
3.) mekanisme free education laungan pr tidak jelas. sampai peringkat mana pendidikan itu harus percuma? maknanya siapa juga mahu belajar di kolej swasta walaupun keputusannya teruk, kerjaan akan tetap tanggung. jika ada 'lantai' keputusannya, habis bagaiman peluang yg lain mahu meneruskan pengajian dgn keptusan spm yg cukup makan jika tabung pinjaman dihapuskan? Hmm lepas ni akan ada iklan di dinding / kaki lima kedai “ MAU PINJAM WANG KE UNIVERSITI. TAK DA MASALAHNYA PUN. 100% LULUS. BLACKLISTED DITERIMANYA. BELAJAR SAMPAI PANDAI PUN” penghapusan ptptn mmg suatu yg tidak masuk akal.

4.) mengapa harus korban duit cukai rakyat utk disalurkan pd pendidkan tertinggi yg akan melahirkan doktor engineer guru peguam walhal apalah sgt jika mreka membayar rm 100 sebulan malah ada yg serendah rm 50 sebulan ikut suka hati mak bapak mereka asalkan bayar sedang kelompok ini mampu membayarnya. Demi memenangi hati 1 juta lebih peminjam, pr ajak makcik dan pakcik kg bayar cukai untuk tanggung pendidikan golongan professional ini yang rm100 sebulan itu habis dalam masa 60 minit di Red Box.

5.) cadangan penubuhan sspn jauh ke hadapan dlm memimpin org melayu dan tak berapa melayu menabung utk pendidkan anak2 dan duit simpanan itu boleh membantu ptptn utk melakukan pelaburan bagi meningkatkan jumlah tabungan. malah jika waris atau ibu bapa penabung sspn meninggal, jumlah tabungan meningkat 2 kali ganda. apakah usaha ini tidak cukup baik utk rakyat?

6.) isu free education ini sbnarnya anwar terlepas cakap dalam satu ceramah. kerana itu selepas tiga minggu baru pengarah strategiknya yg hanya tahu cedok duit petronas keluarkan mekanisme pemansuhan yang lebih lanjut. ( bukan yg lebih terperinci ya ) Mengapa tidak ada dalam Buku Jingga? kata abg nuar dlm agenda daily kalau tak salah, Turki yang tak de minyak pun erdogan boleh beri fee education.. ermm betul ke? di turki sehingga 2011 january ada 750 juta tong simpnan minyak dan salah sebuah univeristi middle east apetah di ankara, universiti terbaik di turki dgn ranking 241 dunia , yurannya ialah 1000usd utk undergrad per sem. so. mana yg percumanya? abg nuar kata venezuela, argentina dan cuba pun boleh bg pendidkan free..ermm cukai disana bang 9% utk gaji 0-10k kalau tak silap. apa rkyat kita mahu begitu?

7.) tanpa sedar sebenarnya kita dah subsidise malah beri free education pd peringkat tinggi sgt bnyk. cuma bila galakan pd pendidkan tinggi dgn pertumbuhan kolej swasta dgn pelajar keputusan hnya 2 kepujian pun boleh further stdy maka pastilah yg menerima biasiswa itu kurang berbanding yg menggunakan pinjaman. biasiswa jpa, mara dan bnyk lg penglibatan glc dlm memberi biasiswa pd pelajar di ipta dan ipts mmg sudah cukup besar. Kita hantar pelajar ke luar negara. Di Dublin sahaja kalau tak salah ada ribuan pelajar medic dgn setiap seorg kos melengkapkan pengajiannya rm1.4juta ditanggung kerajaan. Dan itu baru di Dublin. malah mana ada negara yg boleh sediakan pendidkan utk pelajar2 yg meminati aliran teknikal atau apa juga aliran utk peringkat sijil dan diploma di berpuluh-puluh ilp, ikbn, kolej komuniti secara percuma dan dapat elaun bulanan lg semata2 tidak mahu kelompok yg gagal spm ini tercicir dlm pendidkan. apa ini semua bukan free education pd skala yg besar? atau free education maknanya asal sy mahu smbung belajar walaupun dapat spm semua fail maka pr sanggup berikan biasiswa? Pilih aja universitinya..

Bnyk lagi kalau mahu belasah pendekatan pr dalam membeli undi rakyat cuma apa yg lebih penting kita harus kehadapan dan terbuka dalam menghadam isu. pemansuhan adlh sesuatu yg bukan sekadar tidak logik malah lebih bodoh dari lembu yang makan taik kerbau ( maki ala dr rem )... cuma ada beberapa ruang kerajaan harus teliti semula.

1. ) sy tidak bersetuju jika 1st class student pinjamannya di convert ke biasiswa atas dua sebab.
Pertama, 10 ribu lebih dimana hampir 80% yg mendpt keistimewaan ini adlh bukan bumi. mereka ini cemerlang dlm spm tp tak dpt jpa maka pinjam ptptn dan hebat dlm study.(kalaupun mmg benar anak melayu pemalas belajar )


Kedua sitiuasi ini akan menjadikan kapitalis yg bersembunyi disebalik kolej2 swasta tersenyum sambil menutup mulut. Bisnes beside a bisnes. Ada kolej swasta yg pelajarnya hampir 70% grad first class.. smata2 mereka mahu 'bantu' pelajar dpt 'biasiswa' ptptn. ini membolehkan ramai pelajar baru berminat untuk masuk kolej mereka. di ipta, anda tahu betapa sukar situasi 1st ini utk berlaku...

2.) Pemantauan yg lebih ketat terhadap yuran kolej dan univesiti swasta supaya kualiti nya baik dan harganya tidak terlalu mahal dan kebolehpasaran graduan juga kompetitif dengan ipt yg lain...

Akhirnya, kalau ikut hati manusia, semua mahu apa yg kita pinjam ‘kaw tim’ jelah kira halal.. kata pr pendidkan itu hak asasi, makanya harus dberi percuma pd rakyat. makan minum, rumah dan hari ini kereta juga hak asasi.. so? bila menjelang pru ni semua kalau boleh kita nak bg tp rasional dan terbuka utk masa depan bangsa. hapus ptptn 43Billion, wifi seluruh msia termasuk ceruk kg dll 5billion, subsisdi mnyak berbillion2, penghapusan tol, elaun warga emas 1k sebulan dan bnyk lg janji pada rakyat yg totalnya dekat 100 billion mahu diberi. dua round bajet tu hnya utk puaskan hati rakyat. bajet pengurusan dan pembangunan mahu campak dlm longkang blakang rumah? ( owh lupa, pr kan bnyak dapat political insurance dari luar ) anak2 muda yg rasional ayuh kita fikir mana yg terbaik utk kita..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...