Saturday, March 31, 2012

Perlukah Bawaku Pergi diharamakan?

Mula-mula dengar lagu ni, adalah ketika sedang makan tengah hari di kedai makan. Hati terfikir, lagu apa lirik macam bodoh. Masa tu, cuma dapat tangkap lirik yang dinyayikan penyanyi perempuan Kaka, ‘buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh’. Wtf? Agak bodohnya lirik ni. Tapi dia punya irama memang catchy dan sedap.

Bbrp hari kendian di bilik, search di Youtube, dan baru berpeluang tengok lirik penuh.

Sekarang, isu adalah lirik lagu Bawaku Pergi menggalakkan remaja lari daripada rumah. Selalunya, untuk isu-isu macam ni, aku akan turut serta menghentam lagu, tapi untuk lagu ini, aku rasa nak bagi pembelaan.
 



Lirik



bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali*

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

ulang*

Aku rasa siapa-siapa yang mahu lagu ini diharamkan mungkin mengalami apa yang aku alami masa first time dengar lagu ni. Yang dapat tangkap Cuma lirik kat atas ni. Yang Zizan merepek tu tak jelas. Jadi, setakat ini, lirik dia memang kedengaran agak negatif. Tapi, takkan dengar separuh je kan? mesti dengar penuh.


mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

ulang *

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

ulang *

Bila baca lirik-lirik dia masa tengah rap dan lain-lain, hmm.. cantik juga lirik dia ni.

Secara keseluruhan, bagi aku lagu ni tak membawa unsur negatif macam yang didakwa ramai orang. Dia lebih kepada lagu fantasi untuk suatu eskapisme, bersama orang tersayang. Dan lirik dia memang agak cantik jugak lah. Tapi pos ni bukan gigih nak telek lirik pun. Cuma aku rasa lagu ni lagu yang baik, dgn lirik yang baik, tapi mungkin disalaherti bagi yang tak betul-betul mendengar. Lagu ni buat aku teringat kat lagu Farah, Bagaikan Putri, yang bawa mesej2 fantasi yang hampir serupa. Tu je. Jadi perlu haram ke tak? Tak payah lah..harap2 tak lah. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...