Friday, March 30, 2012

Earth Hour, dan kempen-kempen lain yang disahlaherti.

Seorang budak berpakaian ala hiphop, berjalan diiringi muzik hip hop, sambil membuat juggling terhadap botol-botol kaca di tangannya. Akhir sekali, budak-budak itu membaling satu demi satu botol kaca ke dalam recycle bin di hadapannya. (aku tak ingat sangat, dah lama benor iklan ini, samar-samar. Botol kaca ke tin minuman? -.-)

Masih ingat scene ini? Mungkin ramai yang dah lupa, mungkin ramai yg masih ingat, dan ramai juga yang samar-samar (macam aku). Itulah kempen kitar semula yang dahulu cukup hebat dijalankan berbelas tahun dahulu. Masa tu aku kecik lagi.

Kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, kempen tak nak, dan terbaru, kempen earth hour.  

Ada apa dengan kempen? 

Kempen boleh jadi dua macam. Satu, ia dibuat untuk tujuan langsung. Contoh, kempen derma. Anda datang, anda derma. Selesai. 

Kedua, kempen terap kesedaran. Contoh: senarai kempen2 yang aku tulis di atas. 

Kesilapan rakyat Malaysia, selalu memandang kempen2 penerapan kesedaran sebagai kempen2 tujuan langsung. Mereka mahu kesedaran rakyat berubah, tapi mereka mahu melihat hasil secepat kempen2 tujuan langsung. Kesedaran ni macam menanam pokok. Hari ni kita tanam, esok tak bolehlah kita terus nak petik buah. Ia berpanjangan. Kadang-kadang, hari ni kita tengok pokok kita masih kecil. Esok kita tengok, ia macam tidak berubah, masih kecil juga. Ya, kita mungkin tak dapat lihat ‘pertumbuhan’ dengan mata kasar kita, tapi percayalah, it’s growing. Tunggu sahaja dan anda akan lihat hasilnya, apabila sampai masa. 

Sebab tu aku terkilan, bila kempen2 yang bagus, seperti kempen kitar semula dan kempen taknak, cepat sangat dilabelkan ‘gagal’ dan dihentikan, sedangkan proses ‘pertumbuhan’ sudah mula berlaku. Kalau pucuk pokok sedang bertumbuh, tiba-tiba anda berhenti bagi air, berhenti bagi baja, jadi apa? Pucuk itu akan mati. Serupalah kesedaran di kalangan rakyat. Kesedaran itu baru sahaja hendak bertumbuh, tapi setelah itu kita biarkan mati. Sayang, seribu kali sayang. 

Aku teringat dulu pernah sekali aku terjumpa, seorang budak kecil cakap kepada ayahnya, ‘Ayah, TAKNAK lah’, sambil menunjuk-nunjuk jari kepada batang rokok si ayah yg baru hendak dinyalakan. Ayah pun tersenyum, dan simpan semula rokok. Nampak? Di fikiran budak ini, sudah ada satu idea, yang rokok itu negatif, hasil pupukan iklan yang dia tengok di televisyen. Biarpun kita tahu, ayah dia kejap lagi pergi ke ceruk mana-mana, merokok juga. Tapi sekurang-kurangya budak kecil itu, kalau kita terus terapkan idea negatif tentang rokok kepada dia, besar nanti dia tak akan merokok. Melentur buluh biar dari rebung. Aku memandang semua kempen kesedaran, prospeknya bukan mak ayah yang dah tua bangka, tapi budak-budak kecil yang sedang dalam proses tumbesaran dan pembelajaran. Masa-masa beginilah kita hendak masukkan suatu ‘pengajaran bawah sedar’ secara berpanjangan, melalaui iklan tv, melalui iklan suratkhabar dan sebagainya, macam yg dibuat semasa kempen kitar semula dan kempen taknak. 

Tapi sayang, ‘orang-orang atas’ tidak sabar. Sayang betul. Mereka harapkan hasil yang cepat. Sudahlah itu, hasil itu diukur pula pada mak ayah yang sudah ‘keras’, memanglah tak nampak hasilnya. Maka, kempen diberhentikan. Pucuk-pucuk kesedaran di kalangan budak-budak kecil negara kita, akhirnya dibiar tidak dibaja. Akhirnya kebanyakan pucuk kesedaran ini mati. Sayang kan? 



Earth Hour
 
Esok, 31 Mac 2012. Ada satu lagi kempen kesedaran yang selalu dipandang rendah oleh rakyat Malaysia: Kempen Earth Hour. Cadangan, tutup lampu dan jangan guna elektrik bermula 8.30pm, sehingga 9.30 pm. Sejam saja. Tak susah kan? Tapi ramai yang merungut. Berapa watt sangatlah yang boleh kita jimatkan dengan kempen setahun sekali ni? Macam bodoh je. Kalau tutup lampu sejam ni, tapi lepas tu rakyat terus membazir tak guna jugak~ 

Lihatlah betapa mereka mengharapkan sifat suka membazir rakyat dapat ‘dipadam’ semudah memadam lampu semasa Earth Hour, dan mengharap pula kesedaran rakyat dapat ‘dinyala’ seperti memetik lampu sejam kemudian. 

Earth Hour bukan berkenaan berapa megawatt yg kita boleh jimat dalam masa sejam kita bergelap, tapi berapa banyak pengisian yang boleh kita isi selama itu. 

Kalau ada sambutan dan perhimpuan, anda boleh pergi. Lihat dan nikmati ‘kegelapan’. Gelap dan senyap damai begitulah keadaan bumi kita kalau bukan kita yang membawa silau dan bising ke atasnya. 

Tetapi bagi saya, tidak penting bagaimana kita mahu menyambut dan bergembira di dalam gelap Earth Hour. Tetapi paling penting adalah bagaimana kita mahu mengisi kesedaran dalam generasi cilik kita. 

Saya pernah berbincang dengan seorang kawan tentang pengisian Earth Hour dengan seorang kawan beberapa tahun lepas. Saya masih ingat lagi saranannya: 

Untuk ibu ayah, malam esok, padam lampu rumah. Pasang lilin, atau pelita, atau tanglung. Bawa anak-anak berkumpul di halaman rumah, atau beranda rumah, atau boleh pergi ke taman-taman rekreasi, tasik-tasik atau padang sekitar rumah. Jika anda berbuat demikian, pasti anak-anak akan tertanya-tanya dan menyoal macam-macam. Kenapa kita gelap ni ayah? Kenapa kita keluar ni emak? Kenapa pasang lilin ni ayah? Kenapa tak boleh pasang lampu ni emak? Ketika inilah, ketika mereka paling ingin tahu inilah, otak mereka paling boleh menerima jawapan. Semasa inilah masa paling sesuai anda terapkan minda mereka dengan kesedaran. 

Tak perlu mengira dgn kalkulator dan beritahu mereka berapa watt kita boleh jimat kalau kita bergelap satu jam setahun. Tapi apa yang perlu anda lakukan, bagitahu mereka kenapa kita perlu bergelap malam itu. Kenapa sehingga kita perlu berbuat sehingga tahap ini? 



Anak, tau tak macam mana lampu keluar cahaya? Nak keluar cahaya ni, kita kena bakar arang. Bila bakar arang, kita akan keluarkan asap. Jadi, bila rammaiii sangat orang guna lampu tapi tak mahu tutup balik, jadi kita bakar banyakk sangat arang. Jadi asap dia pun hittaaammmm sangat. Bumi kita pun terpaksa lah sedut asap hitam ni. Cuba kalau anak duduk belakang ekzos bas, tempat asap itam tu keluar, best tak sedut asap itam tu? Ha.. tak bes kan? Kalau sedut lama-lama, boleh mati tau. Tapi kesian bumi kita, dia kene sedut asap itam tu sejak dulu lagi. Sekarang ni dia dah sakit tenat. Sebab orang pakai lampu tak mau tutup balek. Tadi pun ayah tengok anak tak tutup pun lampu bilik air. Jadi bumi kita kene sedutttt je asap itam tak berenti-renti. Nanti kalau bumi kita mati, kita nak duduk kat mana? Sebab itu, kita kena berjimat. Kita bukak lampu bila nak guna je, bila taknak guna kita tutup balek……” dan seterus dan seters dan seterusnya. 

Boleh saja anda buat cerita lain, jadikan ia menarik dan seperti cereka. Tak payah teknikal sangat. Budak-budak ni, daripada anda menjerit ‘Tutup lampu, ingat baya guna taik hidung!?”, mereka takkan ingat. Percayalah. Tapi mereka akan ingat kalau sesuatu yang membuatkan mereka kasihan, dan sesuatu yang membuatkan mereka sedih. Masukkan elemen2 ini dalam cerita anda. Siapa yang perlu dikasihankan? Bumi! 

Semakin mereka membesar, mereka akan belajar hakikat sebenar di sebalik cerita yang pernah mereka dengar daripada anda. Hakikat yang jauh lebih dasyat daripada cerita anda. Semakin dewasa, mereka akan belajar hakikat yang bumi kita jauh lebih patut dikasihankan daripada kisah rekaan anda. Dan penerapan itu tidak patut hanya setahun. 

Jadikan esok sebagai satu jam yang mempunyai ‘impak tinggi’ dalam menggerakkan hati mereka, dan anda harus terus menerus menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kecil anda. Tak ada pengajaran yang terlalu kecik utk penerapan kesedaran. Penerapan itukan berterusan? 

Selamat menyambut Earth Hour 2012. Selama ini, selalu sangat saya dengar kawan-kawan mengomel tentang berapa watt boleh jimat untuk sejam bergelap. Jadi, harapan saya, semoga tahun ini, kita tidak lagi mengukur Earth Hour dalam unit watt. Earth Hour tidak pernah berkisah tentang berapa, tetapi kenapa!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...