Sunday, March 25, 2012

Singapura 1- Melepasi Imigresen



28 februari lepas aku pergi ke singapore mewakilkan supervisor aku utk membentangkan paper dia di konferens di peninsular hotel. Semua agak kelam kelibut, tapi Alhamdulillah, semua ok sahaja.

Alang-alang dah ke singapore, aku pon pergi lah berjalan-jalan sekitar singapore. Memang jalan-jalan sungguh lah, dengan kaki yang sepasang ni. Aku tak mau cerita panjang tentang trip aku, tapi sekadar nak cerita ttg macammana nak ke singapore menggunakan sepenuhnya public transport supaya memudahkan sesiapa yang tak pernah masuk singapore, a.k.a first time. (Ini pon first time aku sebenarnya. Haha. Naseb baek hapiz ikut, dia jadik guide lah). So lepas ni, nak backpack sorang-sorang pun no hal. 


How to go to Singapore? From JB? By public transport?


1. Pergi JB sentral. (boleh tembus melalui CS)

2. Pergi imegresen. (Ikut signboard yg tulis ‘CIQ’, atau ‘agen pemeriksa’)

3. Di pintu automatic, masukkan passport dalam poket yg disediakan, dan tunggu beberapa saat. (Ikut je arahan pada mesin). –kalau nak selamat, beratur belakang orang, tiru dan buat sebijik apa yg orang depan buat.

4. Lepas tu, ikut aliran orang ramai (yang akan pergi ke bas).

5. Naik bas (selalunya SBS transit atau Causeway Link), satu dolar Singapore. (RESIT SIMPAN, JANGAN BUANG)

6. Bas bergerak, melalui tambak Johor, dan berhenti di Imigresen Singapore.

7. Turun dari bas dgn pantas, ikut aliran orang ramai.

8. Seperti orang ramai, ambil borang putih, dan isi (sediakan pen awal-awal).

9. Pergi beratur di kaunter pemeriksaan. Nanti dia cop pasport.

10. Dia akan koyakkan satu bahagian daripada borang yang kita isi tadi, dan bagi kita. SIMPAN SEPANJANG DI SINGAPORE, JANGAN BAGI HILANG. NANTI NAK KELUAR KENA HULUR KERTAS TU SEMULA.

11. Dah lepas, jalan ikut line yang disediakan, dan kemudia scan bag. (Ini adalah guide utk rakyat2 marhaen, yg selalunya tak ada benda nak di’declare’. Kalau ada benda nak declare, kene ikut line lain)

12. Dah habeh scan, ikut lagi aliran orang ramai utk ke bas semula.

13. Pergi ke queue bas mana yang anda naek tadi. Contoh, kalau anda naek bas Causeway Link, berpapan tanda ‘CW1’, jadi beratur pada line CW1.

14. Naek bas, kasi resit yang anda simpan tadi, dan dia akan jalan masuk ke stesen MRT Kranji.

15. Turun. Have fun in Singapore!

Anda juga mungkin berminat nak baca, Singapura 2- Public Transport, Singapura 3- Penginapan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...