Thursday, March 15, 2012

Adakah Hang Tuah seorang perwira?



Sekarang ada isu berkenaan ketokohan Hang Tuah. Benar atau tidak wujudnya Hang Tuah? Anda boleh lihat beberapa artikel di surat-surat khabar, contohnya (yang ringkas) adalah ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polemikpendekar/Article/index


Bagi aku , aku tidak memandang soal benar atau tidak wujudnya Hang Tuah itu sebagai terlalu penting, sebab awal2 lagi aku tak dapat hendak mengangkat keperwiraan Hang Tuah di mata aku. Dia benar atau mitos, hakikat tetap serupa, dia tak akan jadi wira di mata aku.


  • Hang Tuah adalah seorang pahlawan yang konon-kononya sangat taat kepada sultan, sehingga sanggup menerima hukuman bunuh oleh sultan. Tapi, si taat ini jugalah bersetuju dengan bendahara untuk ‘melepaskan dia secara diam-diam’. Logikkah, seorang yang sanggup membunuh kawan karib sendiri atas dasar taat pada sultan, sanggup berkonspirasi untuk ingkar arahan sultan. Baik atau tak bersalah macam manapun dia, sepatutnya kalau betul Hang Tuah orang yang taat menjungjung titah di ubun kepala, dia tak akan sanggup untuk ingkar (sebab dalam perkisahan, Tuah adalah orang yg sangat taat, sampai kadang-kadang bagi aku taat buta). Inilah perkara yang buat aku percaya yang taat Tuah hanyalah politik.
  • Jebat (sesetengah bilang Kasturi) marahkan sultan, sehingga memberontak dan mengguling pemerintahan. Akhirnya, Tuah ‘diseru’ untuk berlawan. Di sini bagi aku ‘cela paling besar’ Tuah aku dapat lihat. Kawan karib engkau sanggup langkau tabu untuk kau, dan kau, membunuh dia demi tak melanggar taat, walaupun sebelumnya engkau sendiri telah memijak taat. Sungguh tak boleh aku hadam. Boleh saja, kederhakaan Jebat itu jadi peluang, untuk Tuah yang oportunis raih semula kedudukan dan pengaruh di bawah sultan. Kalau tidak, takkanlah ada kisah yang aku baca, pertarungan berlangsung dengan kotor?: keris Tuah beberapa kali tersodok tiang, tapi Jebat (untuk kisah ini dikatakan Kasturi) membenarkan Tuah cabut keris untuk elak saga handicapped. Tapi bila keris Kasturi tersodok tiang, Tuah tikam. Boleh saja semasa sultan suruh bendahara bawa balik Tuah, Tuah menolak. Sultan kan dah luntur pengaruh? Tambah lagi, Tuah boleh saja memakai ‘arahan bunuh’ kepadanya dulu sebagai eskapisme lembut, dan menyuntik segan kepada sultan.
  • Kalaupun kisah kedua di atas masih ada yang ingin sangkutkan pada taat, bukankah taat ini bercanggah dengan taat yang pertama?
  • Tuah mengorat anak Tun Perak, Tun Teja, beria-ia. Akhirnya, dia mengkhianati cinta Teja dan memberi tangan Teja kepada sultan.
  • Dan cerita serupa yang cukup masyhur, Tuah bercinta dengan Puteri Gunung Ledang, akhirnya juga untuk diberikan tangannya kepada sultan. Cuma PGL ini wanitanya lebih keras, dia mempertahan haknya sbagai manusia untuk membuat pilihan. (Cerita 4 dan 5, tak mahu aku ulas panjang, nanti jadi sesi kutuk pulak.)
.................................................................................

Sepanjang 25 tahun aku hidup, menjadi amalan biasa ‘pemerintah’ untuk memanipulasi sumber-sumber perkisahan untuk memihak kepada mereka. Baik buku sejarah, silibusnya, akhbar-akhbar, majalah, dan berita, semua dinukil untuk memberi gambaran 'malaikat' kepada pemerintah.

“Sejarah ditulis oleh orang yang menang”.


Jadi, adakah pelik kalau sumber-sumber sejarah yang menjadi mata air kepada aliran kisah Hang Tuah, turut mendapat telunjuk tangan-tangan pemerintah? Daripada mengangkat Tuah (yang menyokong pemerintah), atau mengangkat Jebat/Kasturi (yang menentang pemerintah), yang mana lebih menguntungkan? Aku bukan orang sejarah, jadi mungkin tulisan aku ini kedengaran dungu bagi sesetengah orang. Kalu rasa aku salah, silalah betulkan. Aku boleh terima pendapat orang.

Tuah, seorang yang aku tak tahu wujud atau tidak. Tapi kalau dia benar wujud, maknanya dia sekarang adalah arwah dan tak elok untuk kita buruk-burukkan. Banyak saja perkataan yang aku boleh pilih untuk menggambarkan ketidaktokohan Tuah untuk angkat sebagai hero. Tapi, untuk menghormati allahyarham TUah (kalau dia wujud), cukuplah aku katakan, Tuah telah menjadi perwira di teks-teks sejarah, tapi tidak sekalipun berjaya menjadi perwira di hati aku.

“Takkan Melayu hilang di dunia”


Mungkin sebab terlalu ramai yang meng’idola’I ketokohan Tuah, sebab itulah ramai yang taksub buta pada pemimpin, dan taksub buta pada bangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...