Monday, March 19, 2012

Ketidakcekapan yang menyusahkan



Hari ni, pukul 8 lebih pagi aku dah ke pejabat kolej K*C. Untuk lihat dah sampai belum dokumen yang mak aku pos ekspres sejak 8 mac lepas. Sebelum-sebelum ni aku check memang belum sampai.

Hari ni, masih belum sampai. Nama aku masih tak ada dalam board tu. Dokumen ni agak urgent. Jadi aku masuk pejabat, dan minta abag kaunter periksakan, atau sekurang-kurangnya bagi aku tengok daftar yang ada pada mereka. Jawapan standard pejabat-pejabat kolej,:

“Kalau tak ada nama kat luar tu, memang tak ada lah”.

Aku keluar, dan talipon pejabat pos johor, bagi nombor rujukan. Eh, dia kata dah sampai sejak 9 mac lagi. Aku minta nama pegawai, dan kat mana surat tu sampai. Memang sepatutnya dah sampai kat pejabat kolej!

Aku masuk balek, dan terus tanya, ‘ada nama staf cik zaw**ah tak?’

Abang kaunter agak terkedu, sebelum panggil ‘kak **yah!’.

Kak **yah keluar (tengah makan dalam bilik, nasik lemak mungkin). Aku cerita basa basi tentang masalah aku, dan dia keluarkan daftar dalam log book.

Taraaanngg!!! Nama aku terserlah di situ! Bawahhhh sekali.

Masa tengah dia ambik surat dan sebagainya tu, terdengar kak **yah tadi ter’bersuara’,
‘lupa nak tulis nama kat depan’. Oh.. rupanya. Like I couldn’t guess kan?

Itu sahaja. Tak ada perkataan maaf, baik dari kak **yah, mahupun abg yg lagi sorang tu.

Aku tak marah pun, sakit hati pun tidak sangat. Kita pun paham, manusia, ada la tersilap sikit sebanyak, tak boleh lari lah tu. Diorang pun takdak lah buat muka-muka kerek ke ape, semua urusan berjalan dalam keadaan baik dan berhemah. Tapi terkilan la sikit, aku tunggu sepuluh hari. Hampir setiap hari aku ulang-alik ke kolej, disebabkan ketidakcekapan dia. Jadi, satu ucapan maaf aku rasa dapat hilangkan terus rasa terkilan, dan penat lelah aku berulang alik setiap hari tu.

Tapi, tak ada. So lepas sign di log book, aku ucapkan ‘terima kasih’, dan berikan senyuman palllinggg manis untuk layanan yang bukan kelas ketiga, tapi juga jauh daripada layanan kelas pertama. Dan aku terus keluar untuk setelkan urusan-urusan aku yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...