Tuesday, March 6, 2012

Kenapa benci Justin Bieber sangat-sangat?



Cuba jawab, kenapa anda benci Justin Bieber?- Dia tak pandai menyanyi? Die tak pandai main music? Dia tak pandai cipta lagu? Dia tak pandai menari? Atau anda boleh senaraikan sendiri reason anda.

Dia boleh menyanyi (walaupun tak terer), dia boleh main music, dia boleh cipta lagu, dia boleh menari.

Kenapa orang benci sgt kat dia ye? Saya boleh faham orang tak suka, atau sekadar benci biasa, tapi saya tak boleh faham orang-orang yang benci terlampau. Benci bukan setakat benci, kalau dengar nama JB muka dia meremang remang, pucat, ada yg sampai biru, eyekk! Tapi, yang ultra anti tu pulak orang-orang yg petik gitar tak tahu, menari tak tahu, buat music tak tahu, menyanyi? Sumbang mahram! (Tapi yang paling kelakar nya, kalau tengah duduk diam-diam, eh, kadang-kadang terkeluar pulak ‘humming’ lagu “Baby baby baby uuuu” dari mulu depa. Haha)

Saya tak suka dia, saya juga tak benci dia. Saya dengar satu dua lagu dia pun, buleh masuk telinga, takdak lah menyakitkan telinga (cuma lirik dia jelek). Jadi, saya bukan nak bekap dia. Saya cuma nak faham, macam mana orang boleh benci dia sampai macam tu sekali? Apa fizik di sebalik kebencian melampau ini?

Apa-apapun, kadang-kadang memang seronok mempergunakan nama Justin Bieber ni utk bermain senda-senda. Cuba anda cuba ‘acah’ kawan anda, terutamanya lelaki, dengan apa-apa berkaitan Justin Bieber. Mesti reaksinya hiperbola dan luar kawalan. Haha. I don’t enjoy using JB, but I do enjoy watching someone trying so hard, to.. er.. to hate? Haha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...