Wednesday, March 28, 2012

Membaca - cume share lukisan je.

Kelmarin otak jadi beku. Nak buat apa-apa rasa berat. Jadi, selalunya terapi yang agak bagus (selain solat) adalah melukis. Hari ni lukisan aku pasal membaca. Iqra'. Itu 'salam perkenalan' Jibrail dan Muhammad S.A.W. Sebab tu aku percaya membaca jugak adalah 'salam perkenalan' antara manusia dan ilmu pengetahuan. Hmm.. aku lukis 2 keping kelmarin. guna saiz kertas kecik: tu yg best. haha. kalau buruk, mintak maap byk2. Aku bukan kartunis gempak ke, apo ke. saje2 buat release tension.



Read more...

Sunday, March 25, 2012

Singapura 3- Penginapan


Ini cuma sikit pasal penginapan. Korang boleh pergi ke hostel backpackers yang ada bersepah di Singapura ni. Harga dia pun agak murah (25 dolar sehari). Kalau masa aku aritu, aku pergi ke Beary Good hostel utk backpackers. Aku kasik 4.3 bintang daripada 5. Memang ok tempatnya. Tapi, dia campur lelaki dan perempuan. Utk yang berkenan,boleh la cuba check di laman facebok yang ini.

Hmm.. ini sikit-sikit aku masukkan gambar di Beary Good hostel ni. Dan memandangkan dia betul-betul di Chinatown, mudahlah kome nak membeli souvenir utk kaum kerabat di Malesia. Kalau nak solat, pergi ke masjid yang tak jauh dari situ, sebb kat hostel ni mmg takdak surau. Masjid apa aku lupe namanya. Tapi dia dekat je, jalan dalam 4 minit sampai lah.

Harap-harap pos aku dapat membantu korang yang nak backpack di Singapura. TUJUAN POS NI ADALAH UTK FIRST TIMER YANG NAK BACKPACK KE SINGAPURA. jadi, yg memang dah selalu pergi tu tak payah la annoyed dengan post saya ni ye. Selamat bercuti :)











Anda juga mungkin berminat nak baca, Singapura 1-Melepasi Imigresen & Singapura 2-Public Tranport

Read more...

Singapura 2 - Public Transport

MRT di Singapore

Sistem MRT dia pelik sedikit je dari Malaysia, tapi jauh lebih bagus. Dia punya line MRT lebih byk dari di Kuala Lumpur. Kalau kat KL, paling habih 2 tingkat je. Kat sana, ada yg sampai 3 tingkat! Kalau kat KL, jalan tak jauh sgt. Kat sana, ada yg kita perlu jalan jauh gile kalau nak tukar line. So memang paling penting adalah; ikot signboard!.. haha.


1. Minta MRT map dari kaunter tiket MRT.

2. Ada beberapa laluan - diwakili dengan warna-warna berbeza.Contoh- lalauan CL, warna kuning, laluan NE, warna merah.

3. Semua laluan ini akan bertembung di ’interchange station’. Boleh check di map utk interchange stesen.

4. Jadi, stick to your mrt map like a kitab. Kalau anda nak ke mana2 tempat yang berada di laluan lain, turun di mana2 interchange station, dan tukar tren utk ke laluan lain.

5. Kalau nak tukar laluan, anda tak payah keluar dari station, dan tukar tiket. Guna tiket yang sama, dan cuma perlu cari train laluan lain dalam station yang sama.

6. Cuma station di Singapore amatlah besar. Ada yang sampai tiga tingkat. Ada yang kena jalan jauh. Jadi, kalau anda nak tukar tren yang berada di laluan lain, contohnya dari CL (kuning) nak ke NE (merah), anda Cuma perlu ikut sahaja signboard arah yang disediakan. Memang anda tak akan sesat kalau ikut signboard ni. Kalau nak ke tren laluan NE, ikut signboard yg tulis NE (dengan tulisan merah) dan anak panah. Jadi, ikut je.

7. Selesai bab2 tren MRT.

8. Sekarang kad MRT, kad mrt dijual dengan deposit. Cthnya kalau harga kad SD 2, dia jual SD 3 (1 dolar deposit).

9. Lepas beli tiket kat mesin tiket, touch tiket kat gate utk masuk dan naek tren. Bila sampai destinasi, touch gate utk keluar. Lepas tu, anda perlu pergi sekali lagi kat mesin tekit, tekan ‘refund a ticket’, dan masukkan kad. Nanti 1 dolar akan keluar. Amek duit anda, dan blah laju2. (tak laju2 sangat pun tak apa)



Tourist pass

Tourist pass ni adalah pas harian utk pelancong. Satu pass, boleh travel naek mrt tanpa had. Tapi dia jual di stesen2 tertentu sahaja.

1. Pass sehari 8 dolar. Dia jual 10 dolar (2 dolar deposit).

2. Kalau dari Kranji stesen (setelah sampai dari JB), ambil tren guna tiket biasa, ke stesen Orchard utk beli tourist pass di kaunter khas. (ada juga stesen2 lain yg ada kaunter yg jual pass ni, tp aku cuma tau kat orchard dan changi je. Nanti korang tanya la sendiri kat stesen mane lagi yg ada.)

3. Di Orchard station, boleh beli tourist pass.

4. Dah beli, gune la pass tu sampai pengsan.

5. Bila dah habeh guna, refund balek DI KAUNTER KHAS TU JUGAK (di stesen2 tertentu). TAK BOLEH DI MESIN TIKET.

Anda juga mungkin berminat nak baca Singapura 1- Melepasi Imigresen & Singapura 3- Penginapan

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...